SERTAI “PROGRAM USAHAWAN HIJAU” (PUSH).

Jawatan Kosong Lokasi Tarikh Tutup Tanggungjawab Kelayakan
Usahawan Hijau Pulau Pinang  8 Mac 2022
  • Kami akan memberikan latihan komprehensif kepada setiap Usahawan Hijau.
  • Mengutip minyak masak terpakai dari premis perniagaan yang sedia berkontrak dengan FatHopes Energy di zon masing-masing dan membawa balik ke depot yang ditentukan.
  • Mencari unit-unit perniagaan baharu yang belum mendaftar dengan kami (seperti restoran, kedai makan, hotel, kilang, kantin) di zon masing-masing yang menghasilkan minyak masak terpakai.
  • Menjalankan perkhidmatan servis tangki dan drum minyak masak terpakai (latihan percuma diberikan).
Anda hanya perlukan:

  • Lesen E penuh dan GDL
  • Minat yang mendalam untuk menjadi usahawan dan
  • Kesungguhan untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan

Hanya permohonan melalui borang permohonan yang disediakan dalam talian akan dipertimbangkan dan dimaklumkan.

REBUT PELUANG MENJADI USAHAWAN.

Kami mencari individu di Malaysia dan Singapura yang mempunyai minat, mempunyai keazaman yang tinggi, dan berciri keusahawanan, untuk menjadi Usahawan Hijau kami yang berjaya dengan mengikuti program PUSH. Sekiranya mempunyai ciri-ciri tersebut, kami mengalukan penyertaan anda. Kami sedia memberi penerangan dan membantu anda mencapai impian.

Apakah PUSH?

“Program Usahawan Hijau” atau singkatan PUSH adalah program yang dirancang bagi mewujudkan peluang pekerjaan sebagai usahawan dalam ekonomi hijau. Usahawan Hijau kami akan meraih pendapatan yang sama tanpa mengira kaum, latarbelakang dan kemahiran/kepakaran.

Sebagai Usahawan Hijau di bawah program PUSH, mereka adalah dilantik secara rasmi untuk mengumpulkan dan menjual minyak masak terpakai kepada FatHopes Energy. Semua minyak masak terpakai yang terkumpul akan dikitar semula menjadi biodiesel.

Setiap peserta akan diberi sesi latihan lengkap, latihan praktikal di tempat kerja dan bimbingan untuk menjadi Usahawan Hijau.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi jawatankuasa program PUSH kami di +6012 921 7315 atau +6012966 7315 atau anda boleh mengisi borang permohonan dengan klik pautan di atas.

Soalan Lazim PUSH.

Apa yang kami sediakan dalam program PUSH?

  1. Latihan dan bimbingan PUSH program secara percuma
  2. Lori dan peralatan dengan kadar sewa yang berpatutan
  3. Mengambil minyak masak terpakai daripada rakan niaga yang telah sedia ada mengikut kawasan yang diagihkan.
  4. Mengumpul dan menghantar minyak masak daripada rakan niaga sedia ada ke depot FatHopes Energy.
  5. Peluang menambah pendapatan dengan mencari rakan niaga baru dan menjual minyak masak terpakai tersebut kepada FatHopes Energy.
  6. Menyelenggara peralatan.

Apakah kelayakan untuk menyertai program PUSH?

  1. Menpunyai lesen E
  2. Sijil atau kelulusan TIDAK diperlukan untuk membuat permohonan
  3. Mahir dalam penggunaan aplikasi telefon pintar dan tablet

Apa yang kami tawarkan bagi program PUSH ini?

  1. Sewa lori dari FatHopes Energy. dengan harga pasaran yang lebih rendah
  2. Jaminan pendapatan minimum RM6,000 sebulan selama enam bulan
  3. Modal permulaan wang tunai RM3,000 sebagai pendahuluan dari FHE
  4. Sistem sokongan 24/7 daripada FatHopes Energy
  5. Latihan secara percuma
  6. Kontrak perniagaan antara FatHopes Energy dan anda akan dimeterai sekiranya anda mengikuti program PUSH.

Bagaimana saya boleh menjana pendapatan?

  1. Pengambilan baru minyak masak terpakai
  2. Mendapatkan kontrak pengambilan minyak masak terpakai yang baru untuk FatHopes Energy
  3. Melakukan perkhidmatan menyelenggara untuk tangki dan tong dram

Kedudukan kewangan saya kurang memuaskan dan saya telah disenarai hitam oleh bank. Adakah saya layak untuk memohon?

  1. Ya, anda layak dan boleh memohon

JOIN OUR “PROGRAM USAHAWAN HIJAU” (PUSH)

FatHopes Energy is looking for passionate, enthusiastic and business minded individuals from Malaysia and Singapore to be our Usahawan Hijau or Green Entrepreneur. If you have what it takes, we would love to have you in!

About PUSH

“Program Usahawan Hijau” or PUSH is a program designed for job creations under green economy. It provides an equal opportunity for all strata of society.

PUSH entrepreneurs are appointed to handle collection and acquisition of used cooking oil for FatHopes Energy. All used cooking oil collected is for the sole purpose of conversion to Biodiesel.

Each participant will be given a comprehensive training session, on-the-job development, and mentorship on how to become the Usahawan Hijau or green entrepreneurs.

For more information, you may contact our PUSH program team at +6012 921 7315 or +6012966 7315 or you may fill in the application form by click the button below.

Only online applications using the form given will be considered and be notified.